Wednesday, 8 June 2011

Zoo Pertama Di Dunia Dengan Gogal Waktu Malam


Bagi memenuhi citarasa mereka yang ingin melihat gelagat haiwan liar 'pada waktu malam', Zoo Negara akan menawarkan pakej lawatan 'Gogal Nampak Waktu Malam' bagi pengunjung.
(Gogal adalah dari perkataan 'goggles' dan bentuk alat ini ialah seperti binokular).

Dengan adanya pakej tersebut, Zoo Negara bakal menjadi zoo pertama di dunia menggunakan konsep tersebut. Pengarah Zoo Negara, Dr Mohamad Ngah berkata gajet gogal waktu malam (night-vision goggles) membolehkan seseorang melihat objek dalam gelap atau pada waktu malam dengan lebih jelas.

Gogal yang akan digunakan dalam pakej lawatan ini kelihatan seolah-olah binokular tetapi fungsinya adalah lebih jitu. Alat seperti ini biasanya digunakan oleh anggota pasukan tentera dalam operasi mereka.

3 comments:

  1. Lawatan Malam:
    Ketika itu, program lawatan malam adalah bersifat sementara dan diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-40 Zoo Negara, tetapi akhirnya program tersebut dilanjutkan sehingga tahun 2007 atas permintaan ramai.

    Bagaimanapun keupayaan lampu di Zoo Negara pada waktu malam tidak setanding kapasitinya dengan Zoo Taiping mahupun Zoo Melaka dan ini menimbulkan pelbagai kritikan daripada pengunjung. "Ketika itu, ramai pengunjung kata suasana gelap. Sebenarnya, program lawatan malam itu adalah untuk sebulan sahaja dan kosnya pun hanya RM30,000.

    Disebabkan itulah kapasiti kuasa lampu terbatas, tidak setanding Zoo Taiping atau Zoo Melaka. "Berlainan dengan Zoo Taiping atau Zoo Melaka yang membelanjakan dalam lingkungan RM1 juta bagi menjayakan program lawatan malam itu kerana ia bersifat berterusan dan bukan sementara," katanya.

    Bagaimanapun, disebabkan permintaan orang ramai supaya Zoo Negara mengaktifkan kembali program itu, telah mendorong pengarahnya mencari alternatif terbaru apabila menyedari Zoo Negara tidak mempunyai peruntukan cukup untuk melengkapi kawasan sekitarnya dengan kuasa lampu.

    "Kami rasa buat apa bersaing dengan zoo lain? Disebabkan itulah, kami jadikan kegelapan sebagai kekuatan menerusi konsep baru ini. Usah risau, kerana keadaan memang gelap seperti dalam hutan," katanya.

    ReplyDelete
  2. Seronok?
    Bagi peminat haiwan liar, mereka mungkin mempertikai sejauh mana tahap kepuasan yang boleh dicapai menerusi program ini. Mungkin ada yang berpendapat program pengenalan gogal ini tidak akan memberi satu kepuasan seperti apa yang boleh dialami dalam hutan.

    Sebaliknya situasi di Zoo Negara memberi peluang terbaik kepada peminat haiwan liar merasai keseronokan seperti di Taman Negara tanpa perlu merentasi jarak yang sangat jauh dan menempuhi bahaya semata-mata untuk melihat haiwan liar aktif pada waktu malam.

    Apatah lagi, perjalanan jauh ke dalam rimba belum tentu menjanjikan haiwan liar muncul pada waktu yang diingini. "Kadangkala ada pengunjung (rimba) balik dengan kecewa kerana sepanjang malam menunggu untuk melihat haiwan tersebut, tetapi langsung tidak keluar.

    Sudahlah perjalanan jauh, (haiwan) yang ditunggu tidak tiba pula. "Tetapi menerusi konsep 'gogal waktu malam' ini pengunjung Zoo Negara boleh merasai dan melihat kehidupan haiwan tersebut serta mendengar bunyi nafas haiwan pada waktu malam. Itu sudah pasti," katanya. Kata Dr Mohamad lagi, caj bagi program lawatan tersebut adalah antara RM150 hingga RM180 seorang kerana ia bersifat pakej dan disertai pelbagai aktiviti seperti barbeku.

    ReplyDelete
  3. smua ini diambil dr bernama..
    tp kalau bce blik,memg best tmpt ni..
    bwk famly memg plhan yg tepat la..

    ReplyDelete