Wednesday, 8 June 2011

Belon Udara Panas Menarik Perhatian


Ia datang dalam pelbagai warna dan bentuk. Sesetengah dalam karakter kartun terkenal, Doraemon dan Darth Vader. Tidak kira apa yang sedang dilakukan oleh seseorang itu mereka akan pasti berhenti seketika tatkala melihat kelibat belon udara panas berlegar di udara.
Biarpun ia satu teknologi penerbangan lama kerana diperkenalkan sejak tahun 1783, namun tarikannya kepada pandangan manusia masih utuh dan tiada tolok bandingnya.
Justeru, tidak menghairankan apabila Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang diadakan pada bulan lepas, berjaya menarik kira-kira 300,000 pengujung dalam dan luar negara membanjiri tapak Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya.Melihat kepada fenomena tersebut, akhirnya menarik minat pengerusi jawatankuasa penganjur fiesta, Khairudin Abd Rani untuk menjadikan sukan udara itu sebagai satu medium alternatif pengiklanan selain akhbar, majalah, televisyen dan internet.
"Mengapa kita tidak jadikan sukan udara ini sebagai satu medium iklan kerana ia sangat berpotensi menarik minat orang ramai," katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment