Wednesday, 8 June 2011

Kitar Semula Bantu Kurangkan Sampah


E-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman), syarikat yang diberi kontrak mengutip dan melupuskan sampah di Kedah dan Perlis, berharap
dapat mengurangkan pembuangan sampah sehingga 30 peratus melalui program kitar semula yang dilaksanakan awal tahun ini.
Ketua Perhubungan Korporatnya, Afzainizam Abdul Rahim berkata program itu mampu meningkatkan jangka hayat tempat pembuangan sampah lima hingga 10 tahunlagi. Katanya program kitar semula itu merupakan inisiatif E-Idaman bertujuan menggalakkan orang ramai menghargai alam semula jadi, menjaga kebersihan tempat tinggal dan mengitar semula barangan buangan.
"Hampir setiap minggu program gotong royong diadakan di taman-taman perumahan di Kedah dan Perlis. Taklimat dan kefahaman mengenai kepentingan kitar semula yang diberikan mendapat sambutan memberangsangkan," katanya kepada
Bernama di sini, hari ini.
Afzainizam berkata kawasan bandar raya Alor Setar sahaja menghasilkan 25 metrik tan sampah sehari yang dikutip oleh E-Idaman. Aduan boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-ENVI (atau 3684) atau melalui e-mel aduan@e-idaman.com, katanya.

No comments:

Post a Comment